5 Tips Kurus Cepat Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat petang

Harini saya nak kongsikan dengan anda mengenai 5 Tips kurus cepat selepas bersalin.
Saya yakin ramai yang baca blog saya ni sedaya upaya berusaha untuk elakkan makan produk kurus cepat walaupun banyak iklan  yang mengatakan ia adalah

  • produk kurus selamat di malaysia
  • produk kurus  berkesan tahun ini
  • tiada produk boleh menandingini produk kurus mereka.
Walaupun saya sendiri juga pasarkan gula gula kurus tapi kali ni saya betul betul nak kongsikan 5 tip kurus cepat yang kita boleh sama sama amalkan dan akan dapat nampak kesannya secepat 30 hari jika dilakukan berterusan.

Dah bersedia nak tau 5 tips kurus cepat lepas bersalin?

1- Makan sikit tapi kerap

Elakkan makan banyak sekali gus. Ramai ibu ibu silap bila lapar terus makan banyak sedangkan cara makan yang bagus untuk kurus cepat adalah makan sedikit sahaja iaitu segenggam nasi sahaja sekali makan. Jangan tunggu lapar baru nak makan , ini kesilapan besar yang ramai lakukan . Bila kita makan ketika lapar, kita bukannya akan kurus cepat tapi kita akan gemuk cepat tau sebab bila kita makan ketika lapar akan mendorong kita untuk makan dengan banyak dan sukar untuk control nafsu selera makan.



2- Banyak minum air putih 

Ingat ya, untuk kurus cepat perlu minum air putih banyak bukan air manis, Jika kita minum air manis,kita bukan ja susah nak kurus cepat tapi tak bagus untuk kesihatan kita.Air ni sangat penting dalam tubuh badan kita untuk sistem pencernaan dan juga untuk singkirkan toksin. Lagipun minum air putih bagus untuk kawal selera makan kita.



3-  Menyusukan anak
Mesti ibu ibu tak perasankan setiap 1 oz susu yang dihasilkan bakar 20 kalori ya,Jadi bila ibu mengepam 20 oz susu sehari bersamaan 400 kalori sehari dibakar! Wow .. sangat membantu untuk kurus cepat ni.

Tahukah ibu ibu, jumlah kalori yang dibakar untuk hasilkan 20 oz susu sama seperti berjogging 8km sehari.Sebab tu lah ibu akan rasa lapar lepas menyusu kan.



4- Berjalan dan mengemas rumah
Ramai yang rasa susah untuk senaman kan. Tapi badan kita ni kena jugak berpeluh dan lakukan aktiviti supaya metabolisma meningkat. Bila metabolisma kita meningkat baru lemak tepu senang terbakar dan bila kita berpeluh segala toksin pun akan keluar .Sedar tak sedar tetiba tengok cermin dah kurus cepat walaupun tak makan pun produk kurus berkesan ke produk kurus selamat ke.



5- Waktu makan yang betul
Ingat tau nak kurus cepat ni kena ada ilmu. Bukan hantam kromo ikut kita tau ja.
Waktu makan ni sangat penting sebab ramai ikut suka ja makan . sekarang ni ibu kena makan pagi tanpa skip ya,bila ibu skip makan pagi akan menyebabkan ibu makan banyak tengah hari .

Tengah hari seeloknya makan pukul 1atau 2 tengah hari. kalau ibu makan lewat dari waktu tersebut akan menyebabkan ibu kenyang nak makan malam pukul 7 malam. 

Bila kita lewat waktu makan siang hari akan menyebabkan kita makan lewat malam dan ni lah yang kita betul betul kena elakkan kalau nak kurus cepat. Kalau ibu lapar juga waktu malam walaupun dah makan malam pukul 7pm, saya sarankan makan sebiji buah epal atau 50gram kismis /badam sahaja untuk alas perut.




ok ini sahaja 5 tips yang saya nak kongsikan kepada ibu yang nak kurus cepat lepas bersalin.
InsyaAllah jika ibu amalkan 5 tips ni berterusan walaupun dah habis pantang, tak perlu dah cari produk kurus apapun di pasaran. Cuma saya nak ingatkan setiap orang menghasilkan kesan yang berbeza kerana metabolisma badan kita semua tak sama. 

Walaupun ibu nak gunakan produk kurus selepas dah amalkan tips ni, saya nak ibu tau yang mana setiap produk kurus hanyalah makanan tambahan yang akan membantu ibu kurus cepat dari biasa. 

Apapun nasihat saya jika ibu nak gunakan produk kurus juga, carilah produk kurus selamat dimakan bukan hanya semata mata melihat produk kurus cepat berkesan sahaja. 

No comments:

Post a Comment